Soalan-soalan Lazim
1. Berapa kelajuan internet saya untuk menyertai tuisyen interaktif SchoolBuddy secara langsung?
Sesi pembelajaran tuisyen interaktif SchoolBuddy berlangsung dalam kualiti HD, jika kelajuan internet anda membolehkan anda menonton video HD di Facebook atau YouTube dengan lancar, ia sepatutnya tiada masalah untuk menyertai SchoolBuddy. Secara teknikal, jika kelajuan muat turun anda 30Mbps atau lebih tinggi, ia seharusnya berjalan dengan lancar.
2. Apa alat yang sesuai untuk menyertai tuisyen interaktif secara langsung SchoolBuddy?
Semua alat yang boleh menyambung ke internet dan mempunyai "browser" untuk mengakses laman web kami boleh digunakan untuk menyertai tuisyen interaktif secara langsung SchoolBuddy. Alat yang biasa dipakai adalah dekstop PC, lap top, iPad dan lain-lain.
Telefon pintar tidak disyorkan untuk pelajar mengakses tuisyen secara langsung untuk jangka masa yang panjang, kerana mata pelajar akan berasa letih kerana skrin yang lebih kecil. Ibu bapa boleh menyambungkan lap top/PC mereka ke TV dengan kabel HDMI, atau menggunakan fungsi "screen mirroring" melalui telefon pintar dan kaedah lain untuk membolehkan pelajar menyertai kelas tuisyen SchoolBuddy secara langsung dengan skrin yang lebih besar.
3. Macam mana saya melanggani sesi tuisyen interaktif secara langsung SchoolBuddy?
Sila merujuk ke sini.
4. Macam mana saya menyertai tuisyen interaktif SchoolBuddy secara langsung untuk kali pertama?
Pertama, log masuk ke akaun SchoolBuddy anda di sini.
Kemudian, anda akan melihat laman utama kalender anda, cari sesi yang sudah dilanggani berdasarkan tarikh. Klik sesi itu dan butiran sesi akan keluar. Klik butang "Live Tuition" dan anda akan dirujuk kepada program "Zoom" untuk tuisyen secara langsung SchoolBuddy.
Untuk pelajar yang akses kali pertama, selepas anda mengklik butang "Live Tuition", anda akan diminta untuk memasang program yang dikenali sebagai "Zoom" untuk menyertai sesi tuisyen secara langsung SchoolBuddy. Sila ikut arahan pemasangan. Selepas pemasangan selesai, anda boleh menyertai sesi tuisyen secara langsung SchoolBuddy.
Untuk mengakses sesi tuisyen secara langsung pada alat yang sama, anda boleh terus menyertai sesi tuisyen tanpa memasang semula program Zoom.
5. Macam mana boleh membuat interaksi secara langsung dengan tutor?
Sesi tuisyen SchoolBuddy berlangsung pada tarikh dan masa yang dijadualkan (video rakaman tuisyen akan dimuat naik selepas sesi langsung), pelajar boleh membuat interaksi secara langsung dengan tutor melalui dua cara:
a. Tekan butang "Raise Hand" dan tutor akan "unmute" mikrofon pelajar untuk bertanya pada sesi QnA (Sila pastikan mikrofon anda berfungsi dan persekitaran adalah tenang).
b. Taipkan soalan anda dan hantar ke tutor.
Untuk video tentang cara pertanyaan, sila tonton di sini:
6. Apa yang boleh saya buat jika tidak dapat menyertai sesi tuisyen secara langsung?
Anda tidak perlu bimbang tentang senario ini, kami akan rekod dan memuat naik sesi tuisyen yang dilangsungkan ke sistem kami, anak anda boleh menonton balik bila-bila masa sahaja, anda juga boleh melanggani sesi dahulu untuk ulang kaji. Cuma perlu cari balik tarikh kelas itu diajar dan klik "Live Tuition" untuk akses rekod tuisyen. Anda sekarang boleh mula untuk merancang pelan cuti seterusnya tanpa perlu bimbang tidak dapat hadir ke kelas tuisyen lagi.
Nota: Semua sesi tuisyen secara langsung yang direkodkan akan disimpan selama maksimum 3 tahun selepas tarikh sesi tuisyen berlangsung.
7. Apa subjek yang diajar pada SchoolBuddy sekarang?
Kami tengah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencari tutor yang terbaik sekali untuk mengajar di SchoolBuddy, sila log in dan merujuk "Subscription" bawah MyLearners untuk maklumat lanjut. Anda hanya dapat cari dan pilih subjek yang diajar di SchoolBuddy sementara ini saja, dan hanya subjek yang muncul di carian "Year/Form" dan "Subjects" boleh dilanggani. Jika subjek yang anda tengah cari masih belum terbuka, sila daftarkan akaun anda, dan kami akan memberitahu melalui e-mel apabila ada subjek baru terbuka untuk pendaftaran pada masa akan datang.
8. Saya boleh dapatkan nota dan latihan di mana?
Pertama, log masuk ke akaun SchoolBuddy anda di sini.
Kemudian, anda akan melihat laman utama kalender anda, cari sesi yang sudah dilanggani berdasarkan tarikh. Klik sesi itu dan butiran sesi akan keluar. Klik butang "Notes", "Weekly Exercise" atau "Extra Exercise". Anda juga boleh melanggani sesi dahulu untuk akses rakaman sesi tuisyen yang dilangsung, nota dan latihan untuk ulang kaji! Nota dan Latihan Mingguan tidak akan diberi semasa seminar intensif (Intensive Seminar) yang memberi tumpuan kepada ulang kaji melainkan diberitahu oleh tutor.
Nota: Semua nota dan latihan akan simpan di sistem untuk maksimum 3 tahun selepas tarikh sesi tuisyen berlangsung.
9. Macam mana saya boleh mendapat manfaat daripada Sistem Belajar Dengan Tepat?
Terdapat dua jenis latihan dalam sistem SchoolBuddy: Latihan Mingguan dan Latihan Tambahan. Kami menwajibkan pelajar untuk melengkapkan Latihan Mingguan dalam masa seminggu selepas sesi tuisyen secara langsung. Selepas pelajar selesai Latihan Mingguan dan mengemukakan jawapan mereka, sistem kami akan memberi markah secara auto dan menganalisis keputusan pelajar berdasarkan tahap kesukaran soalan. Hasil analisis akan muncul di skrin dalam masa beberapa saat. Hasil analisis akan menunjukkan tahap pemahaman pelajar dan mengesyorkan mereka apa tahap kesukaran soalan yang harus memberikan tumpuan lebihan. Nota dan Latihan Mingguan tidak akan diberi semasa seminar intensif (Intensive Seminar) yang memberi tumpuan kepada ulang kaji melainkan diberitahu oleh tutor.
Latihan Tambahan tidak diwajib untuk menjawab semua, tetapi kami akan mengesyorkan pelajar untuk menumpukan perhatian kepada apa tahap kesukaran berdasarkan hasil analisis Latihan Mingguan mereka. Melalui sistem ini, pelajar dapat menjimatkan banyak masa dengan menumpukan latihan pada topik yang lemah.
Nota: Skor lulus Latihan Mingguan agak tinggi untuk memastikan pelajar betul menguasai topik ini. Oleh itu, mendapatkan gagal dalam Latihan Mingguan tidak bermakna anda sangat buruk atau sangat lemah dalam topik tertentu, itu hanya bermaksud anda perlu memberi tumpuan lebih banyak dan membuat lebih banyak latihan pada topik tersebut berdasarkan tahap pemahaman anda.
Untuk maklumat lebih lanjut, sila tonton video ini:
10. Macam mana ibu bapa boleh mengetahui prestasi atau tahap pemahaman anak mereka?
Kami mempunyai sistem untuk membolehkan ibu bapa mengetahui prestasi atau tahap pemahaman anak mereka. Selepas anak anda mengemukakan jawapan untuk Latihan Mingguan, sistem kami akan memberi markah secara auto dan menganalisis keputusan pelajar berdasarkan tahap kesukaran soalan. Hasil analisis akan muncul di skrin dalam beberapa saat. Pada masa yang sama, kami akan menghantar e-mel tentang analisis keputusan kepada e-mel berdaftar ibu bapa juga (Sila pastikan anda meletakkan e-mel yang betul semasa mendaftar). Dari e-mel itu, ibu bapa sentiasa dapat mengetahui tahap prestasi dan tahap pemahaman anak mereka tentang topik tertentu. Berdasarkan cadangan yang diberikan oleh sistem itu, ibu bapa boleh mengawasi atau mengingatkan anak-anak mereka untuk melengkapkan Latihan Tambahan berdasarkan tahap pemahaman mereka. Ibu bapa boleh melangganui perkhidmatan tuisyen secara langsung 1-1 kami (akan datang) sekiranya anda tidak mempunyai masa.
11. Boleh tak saya melanggani rakaman sesi tuisyen secara langsung, nota dan latihan SchoolBuddy yang telah lepas?
Ya! Mesti boleh! Cara itu sangat mudah, hanya perlu ke halaman "Subscription", dan memilih sesi dulu berdasarkan "Start Date" yang anda mahu, kemudian tambahkan subjek itu. Selepas itu, buat pembayaran seperti biasa. Kemudian, anda boleh mengakses sesi SchoolBuddy yang dulu di laman utama kalendar anda.
Satu-satunya perbezaan antara menghadiri sesi tuisyen secara langsung dan sesi tuisyen rakaman adalah interaksi secara langsung dengan tutor. Nota dan Latihan Mingguan tidak akan diberi semasa seminar intensif (Intensive Seminar) yang memberi tumpuan kepada ulang kaji melainkan diberitahu oleh tutor.
Nota: Kami akan menyimpan semua rakaman sesi tuisyen berlangsung, nota dan latihan maksimum 3 tahun selepas tarikh sesi itu diajar, bukan berdasarkan tarikh langganan anda. Biasanya, tiada isu dalam masa penyimpanan ini. Contohnya, apabila pelajar Tingkatan 3 ingin mengakses kembali sesi yang dilangganinya semasa Tingkatan 1 untuk ulang kaji peperiksaan PT3, semua bahan-bahan belajar masih boleh diakses lagi. Senario yang sama berlaku kepada pelajar Tingkatan 5 yang ingin mengkaji kembali sesi yang dilanggani semasa Tingkatan 4 untuk persediaan peperiksaan SPM, setiap bahan-bahan belajar masih boleh diakses juga.